Tuesday, 1 November 2011

My Favourite Football Team


Chelsea Football Club (dikenali sebagai The Blues atau The Pensioners) adalah merupakan sebuah kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di London barat. Ditubuhkan pada tahun 1905, kelab ini mengambil bahagian dalam Liga Perdana Inggeris dan sangat dikenali dalam arena bola sepak England. Kelab ini mempunyai tempoh kejayaan yang panjang, salah satunya semasa era 1960an, awal 1970an, dan lewat 1990an sehinggalah ke hari ini. Kelab ini menjadi semakin terkenal sejak kebelakangan ini kerana keupayaannya memenangi pelbagai piala termasuk Piala komuniti, Piala Liga dan Piala FA. Chelsea FC juga berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak 2 kali berturut-turut di bawah kendalian Jose Mourinho iaitu pada tahun 2005 dan 2006. Chelsea telah memenangi tiga kejuaraan liga, empat Piala FA dan dua Piala Juara-juara UEFA.




No comments:

Post a Comment